Asas Bun manis

Assalamualaikum,
Selamat petang semua.
Hari ni ari selasa, biasanya anak-anak takde kelas KAFA.
Dah tentulah riuh-rendah dalam umah ni. Sambil dorang layan didi, mama duduk kat dapo sambil siapkan adunan roti. Nipon melayan permintaan anak-anak nak roti sosej.
Kali ni guna resepi rakan alam maya.

Sumber: kak Wan Roslina Wan Zain
Dibuat : HanizaHomemade

Resepi Asas Bun Manis

1 biji telur
2sdb susu tepung
Air sejuk

Campur semua bahan jadikan 300ml

70gm gula
1sk garam
300gm tepung roti
200gm tepung gandum
2sk yis
2sb marjerin/ butter
1sk bread improver
1sk minyak masak

Buat macam roti biasa.
Tapi kali ni mama guna perkhidmatan Mak jemah ( Bread Maker).
So masuk bahan basah
Lepas tu masukkan tepung
Last sekali baru masuk yis

#yis jangan kene air panas atau pun garam..nanti yis mati..dah tak naik dohnya.

Onkan mak jemah. Tekan setting no 8 (dough) dan biarkan dia wat keje die..kite boleh layan keje lain..sementara dough naik.

Bile doh da naik..tumbuk adunan dan bentukkan letaklah ape yg nak letak.. tunggu naik sekejap dan sapukan glis. Bakar ikut oben sendiri. Ni oben baru masih tercari-cari setting suhu yang sesuai.. bakar smp kekuningan atau masak.
Keluokan dr oben. Sapukan butter+madu untuk kilatkan.
Biar sejuk dan sedia untuk dimakan

Bahan-bahan da sedia

Mak jemah dah punch card. So mama bole buat keje lain.

Ok hasilnya,malam nanti kite masukkan ye.
So selamat mencuba


No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog