DIY Rendang Ayam

Assalamualaikum 
Salam hari sabtu. Hari ni update masakan lunch je. Buat rendang ayam paling simple walau pon barang tak semua lengkap.
Gi turun kebun amik serai, daun limau perut (coet jek), ulam raja. Nak korek lengkuas dalam sangat jadik tak letak pon lengkuas dalam rendang ni.

Bahan blender:
Bawang merah, bawang besor, bawang putih
Jintan, ketumbar
Halia, lengkuas (xde tak letakle)
Serai nak ketuk boleh blend pon boleh
Daun limau kecik je..blend la jugak
Cili hijau, cili kering

Tumiskan rempah 4 beradik.
Tumis bahan- bahan blender sampai naik bau dan minyak

Masuk ayam tadi tunggu sampai kecut separuh masak.
Perasakan dengan garam, gula melaka/kerek.
Dah hampir masak masuk santan dan kerisik.
Daun kunyit jangan lupe.
Tunggu sampai masak sebati.
Masak dengan penuh kasih sayang.penambah sedap semua masakan.

Dah siap..kami suka berkuah..terpulang cara masing-masing.
Yang ni versi mama. :)

Jangan tak caya, menambah dorang ni makan.
Alhamdulillah..kenyang..ingatkan bole bawa ke malam. Jadi untuk malam kene pikir jugakler apa nak makan.
Sekian dari kami sekeluarga.
Kenyang perut suka hati..muahahaaa


No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog