MILK MARBLENIA CAKE

Assalamualaikum dan salam dhuha.
Sihatke semua. Hari Jumaat macam ni selalunya free bile semua keje hakiki da settle. Settleke?ahaahaa.. tak pe kerja umah memang takkan habis. Rehat kejap lepas siapkan tempahan cheese tart. 
Sambil update blog, jalan-jalan cari resepi best-best. Kali ni terpandang kek marble menggode. rase nak buat,tapi kenelah topap barang dulu. Screenshot mane berkenan takut terdelete kite lekatkan je la kat blog ni.
Jom layan. kredit kat tuan punye resepi..mabeles je tengok. sharing is caring. Nak letak gambo,kita tak buat lagi.. (^.^)

RESEPI : MILK MARBLENIA CAKE
#chezie
#zizielovekitchen
Bahan-bahan :
250 g mentega
190 g gula halus
2sd ovalette
4 biji telur gred A (kalau tulis A mesti ada yg tanya B kankankannnnn kalau B guna 5biji)
270 g tepung gandum***
1sd baking powder***
60 g susu pekat manis
2 sd serbuk koko
2 sd susu cair
2 sd coklat emulco
2 sd perisa strawbery
1 sd pewarna pink
Cara
1. Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji2 sambil terus putor hingga gebu.
2. Masukkan susu pekat dan gaul rata. Bubuh tepung dan baking powder yg telah di ayak bersama masuk sikit2 sampai habis kaup balik hingga sebati.
3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan 1 bahagian bubuh perisa strawberry n pewarna pink & 1bhagian lagi di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
4. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam loyang yang telah digris dengan marjerin dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 50 minit. Keluarkan dan biar sejuk atas redai.

Selamat mencuba ye semua..
Free time, barang da ade nanti kite update semula..

No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog