DIY Rotiboy @ coffee bun

Assalamualaikum,
Masih dalam syawal, selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin.
Maklum je la raya. Blog pon lame tak update. Harini ade kerajinan sikitlah walaupon dah petang baru hegeh-hegeh nak main tepung.
So kita buat rotiboy.

Resepi dari youtube
Di cuba : haniza homemade

Adunan roti:

1tsp yis
1tsp gula 
150ml susu suam
Hidupkan yis

1tbp gula
250gm tepung
Sebiji telur
Campur bahan dan masukkan adunan yis
Uli sebentar.
Letak
 30gm butter

Uli sampai elastik.
Biarkan naik 2x ganda.

Bahagi doh 9 bahagian.
Satu bahagian dibahagi lagi 8 bahagian kecil
Letakkan kiub unsalted butter dalam bahagian kecil baru diblut dengan doh besar. Buat sehingg habis .
Perap 10 minit.
Paipkan topping.
Bakar sehingga masak.
170○c 25-35 minit atau sampai masak

Adunan topping:

1tsp instant coffee + 1 tsp air panas
Sebatikan dan ketepikan

50gm butter dilembutkan
50gm gula aising
50gm tepung kek
Campuran instant coffee
 Putar semua sekali sampai creamy
Masukkan dalam piping bag dan simpan dalam chiller sehingga nak digunakan.


Paipkan topping sebelum doh dibakar



Lembut juak.. #alhamdulillah.. siap untuk di ngap.
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog