BAKING : Bread DIY Loaf Chocolate

Assalamualaikum
Salam takzim buat semua.
Minggu ni hujan je. Ni pon hujan sekejap lebat sekejap renyai. Nak keluar pon memang tak boleh kejap air depan ni melimpah kejap surut. Lagipon abang haris tengah berpantang sunat hari ke 4. Jadi bila stok kunyah-kunyah habis maka ligatlah kepala nak buat apa untuk anak-anak yang cuti sekolah ni.
Peti sejuk dah berapa kali bukak. Rase kalau die bole bercakap tu mau menjerit mintak tolong.
Godek-godek galeri banyak pulak simpan resepi. Berat da tentu, jadi sebelum lupus tu meh try satu. Telek punye telek rase nak buat loaf walhal loayang loaf pon xde. Bantai je la pakai loyang saiz 7"x7". Kita tengok bahan dan cara buat yee.
Kredit buat tuan punya resepi..saya dah cuba memang lembut. ALHAMDULILLAH. Bolelah buat minum petang ni. Kalau nak manis bole tambah gula lagi ;).

Rupa tak semenggah bila ade yang bergantung kat kaki. Jeles la tengok mama gentel doh

Sapu dengan madu lebah dan makan panas-panas. Lupa diri kejap. (^.^)


Sumber : Resepi rakan fb
Dicuba : haniza homemade
Bahan:

500gm tepung gandum / tepung high protein
3 sudu besar susu tepung
2-3  sudu besar gula castor
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis instant
3 sudu besar marjerin
1 1/2 sudu kecil superbake ( kalau xde letak 1 kuning telur)
3@ 4 sudu besar serbuk koko ( nak gelap lagi bole tambah lagi atau pakai coklat emulco
180ml air peti sejuk ( kalau guna kuning telur air kene kurangkan sikit sukatannya)

Cara:

Cara saya ye...
-guna breadmaker
-letak bahan basah dulu
-lepas tu baru bahan kering..
-tekan nombor 8 untuk uli doh. Ni tekan 2x nak bagi die elastik kononnya
-perap kejap
-tumbuk doh...bahagi kepada 8 bahagian. Untuk lebih mudah doh tu dalam 105-110gm.
-roundingkan doh
-sapu marjerin sekeliling loyang.
-canai bujur lepas tu gulung ketat2..letak dalam loyang.buat sama rata sampai habis.
-naikkan sampai hampir rata dengan permukaan loyang
-panaskan oben..ikut suhu oben masing2 tau.
-sapu permukaan dengan susu pekat yang dicairkan (sepatutnye glis dengan eggwash)
-bakar 20minit atau sampai masak
-da masak letak dekat redai dan sapu madu lebah dipermukaan roti.( boleh jugak sapu dengan marjerin atau butter).siap..
- jom makan..siap nescafe panas, teh o panas, kopi panas pon bole..hahaaa
SELAMAT MENCUBA




Hubungi kami untuk menempah
013-7711702





1 comment:

hanizarujhanfamily blog