DIY kurma ayam, acar timun, sup ikan haruan

Assalamualaikum,.
Arini berpantang hari ke 11. Masih ambik bau je bile mak masak sedap-sedap untuk ahli keluarga yang lain.
Takpe kesempatan ni dapatlah mama update 2 blog sekali. Tetiba je mencurah idea nak letak dalam entry kali ni.


Kurma ayam..( gambar belum siap sepenuhnya ye)
haaaaa yang ni dah tentu-tentulah untuk orang sihat.

Bahan2:

Ayam secukupnya
Rempah 4 beradik
Bawang besor, bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Halia
Rempah kurma
Rempah kari
Susu cair
Garam 
Gula
Perasa
Bawang dipotong diamond
Cili untuk hiasan

Cara2:

Tumiskan 4 beradik, bawang hiris, bawang putih hiris, halia sampai naik bau.
Masukkan rempah kari beserta rempah kurma. Tumis sehingga naik minyak. Masuk ayam bagi sebati rempah ratusnya. Masuk air..renehkan sehingga empuk. Masuk susu cair dan perasakan garam gula..
Tabur bawang besar di potong diamond dan cili.
Pekatkan sedikit kuahnya dan sedia untuk dihidang. :)


Acar timun
Timun hiris
Tomato racik
Bawang hiris
Cili hiris
Garam
Gula
Sedikit cuka
Campurkan semua sekali. Siap


Yang ni baru lauk orang dalam pantang. Korang kenal tak ikan ape ni? Ni ikan haruan.
Nak buat sup je.

Bahan2:

Ikan haruan
Bawang besar, bawang merah dihiris
Halia sikit
Bawang putih hiris.

Cara2:

Tumiskan bawang2 dan halia sampai garing sedikit. Masuk air biarkan sehingga menggelegak.
Masukkan ikan haruàn
Letakkan garam.
Siap..
Lauk pantang kene sempoi je tak boleh la nak letak rempah sangat sebab bb masih ade kuning lagi.

Korang nak try..cubalah resepi yang di kongsi ni. Yang mabeles tetaplah air tangan mak..syiok oooo..

SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog