DIY : kesui goyang

Assalamualaikum.
Lama tak bersiaran di sini. Pagi ni nak buat kuih kasui goyang. Favourite ni, zahirah pon suka makan. Nak pulak bila sejuk baru kelua peti sejuk.
Kite tengok resepi ye. Resipi yang dikongsikan kawan maya. Kredit untuknya, cuma pemilik asal tak tau.

Dicuba oleh : haniza homemade
Sumber : sahabat maya


 Air gula
Tepung gandum dan tepung ubi
Satukan air gula, tepung dan kapur. Sebatikan. Nak kacau guna senduk boleh..nak blend je pon boleh. Nanti tapis dulu dalam loyang.
Licin kan..kalau tak kedut2. Panaskan kukusan lama sikit, penutup kukus kene balut dengan kain towel, api sederhana.
Ni je tinggal dapat mekap. Lain dah kene kenduri tanpa salutan kelapa.



KESUI GOYANG

bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sehelai daun pandan
5 cawan air
1sudu kecil kapur makan.( bukan air kapur tau)
Kelapa parut yang putih secukupnya
Garam sedikit


Cara-cara

- campurkan gula pasir, gula merah, air dan simpulan daun pandan di dalam periuk.
- panaskan sehingga gula melarut
- padam api dan biarkan sampai suam
- sambil tu panaskan air kukusan
- satukan tepung gandum dan tepung ubi ke dalam bekas lain
- masukkan air gula yang masih suam.
- kacau sebati, kemudian masukkan kapur.
- kacau seingga semua sebati.
- panaskan loyang yang telah disapu minyak
- tapiskan adunan tadi ke dalam loyang.
- kukus lebih kurang 25 minit atau sampai masak
- sejukkan dulu baru boleh potong.
- gaul dengan kelapa parut yang digaul dengan secubit garam
- siap.

SELAMAT MENCUBA


Hubungi kami untuk menempah

013-7711702


No comments:

Post a Comment

hanizarujhanfamily blog